Tuesday, May 29, 2012

:Allah suruh belajar:

Dengan Nama Allah yg maha Pengasih lagi maha Penyayang.

cuti.cuti.sekarang musim cuti. budak2 foundation, diploma, including me as budak sekolah a.k.a f6 student:) rutin cuti? bangun pagi, jogging, sarapan, mandi, study, bla2..sy x nak jadi manusia seperti robot yg akan buat sesuatu benda tanpa matlmat. matlmat hidup sy ialah sebagai khalifah+Abid di tempat Tuan sy.InsyaAllah. so, semua perkara yg dibuat mestila niat lillahi taala.pelaksanaannya pn kenalah ikut syariahnya..^^

kat sekolah, kena laksanakn pelbagai amanah smpai kdg2 ter miss sikit study.ha,ni kes budak tak pandai bg masa..hihi.actually, lepas buat kerja luar yg byk tu mybbkan masa study jd masa tido sbb penat..haha. tapi kan, sebenarnya klu tgk Rasulullah dan sahabat2nya sgt kuat berjihad.tiada erti penat dlm dakwah. mereka pun bijak, at the same time dakwah still going on.mmg layak dijadikan idola. fuhh.. so,for me, masa cuti nilah perlu cover up balik subjek2 yg rasa mcm dh bengong da.dh byk terima advice drpd pelbagai pihak that STPM xleh main2.you must be struggle if u want to succes. yeah! skang,, mcm dh nyesal sket2 sbb baru nak ada spirit:)

Nah!aku semangat(hrp2 kekal..hihi)



'Bacalah.sebutlah dengan nama Tuhan yg menciptakan :al alaq.1:'

Dalam Islam,, belajar ialah Ibadah. "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim"[riwayat muslim].
macamane belaja itu bole jadi ibadah? niatlah kerana Allah. Apabila dh niat kerana Allah, automatically, hati kita akn sntiasa ingat Allah. Bila belajar Biologi, nmpk kehebatan Allah. kejadian manusia.wah!sgt hebat. hebatnya Allah!.. belajar add math.nmpk Kehebatan Allah. mcm mane Allah boleh kurniakan akal kpd manusia yg boleh create pelbagai formula. inilah pelajar muslim. study, bukan semata2 nk jadi bijak pandai,, dpt 4 flat, dpt straight A. Tapi, belajar untuk kenal Allah dan naikkan Islam. Subhanallah~

explore lah semua ilmu yg ada kat dunia ni, tp ingat ilmu kita lgsg tak setanding dgn ilmu Allah yg seluas lautan atau lebih drpd tu. jgn makin byk belajar makin kurang pengajaran. jadilah manusia yg celik hati yg akan sentiasa menerima kehebatan Allah dan aplikasikannya dlm kehidupan. Bila rasa susah, serahlah kpd Allah, insyaAllah belajar itu mudah..Hammasah!


Al quran is my guidance


Monday, May 28, 2012

manusia.takdir

'..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu..Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui'(Al Baqarah:216)

Ya.Al Quran mmg kitab yg jelas dan nyata..
segala aturan hidup kita,, jodoh, ajal dan semuanya ,mmg dah diatur. DAN segala yg diatur olehNYa tiada kontranya.yang memburukkannya ialah cara kita meng'handle'nya. Subhanallah~

dlm kesibukan ,menjalankan rutin harian pd waktu cuti ni,, terfikir dek akal psl qadar Allah.. baca status2 kat fb,, mcm2 jenis status. ada yg tgh sedih, ada yg tgh marah, ada yg tgh hepi, ada yg tgh bahagia.. mcm2lah. bila bc2 sume itu dptlah disimpulkan bahawa masing2, setiap individu ada takdir masing2 pada masa yg sama. Hebatnya Allah 'handle' hamba2nya sekaligus.

Allah dh tetapkan takdir kita. so, semua yg terjadi pd kita sebenarnya memberi kebaikan kpd kita sbb Allah maha sempurna. cuma,, semua perkara yg berlaku itu dinilai oleh nafsu dan perasaan kita.sebab itulah,kdg2, apa yg baik utk kita, kita nmpk buruk,, dan apa yg buruk utk kita, kita nmpk baik. emm.

apa itu qada' dan qadar Allah?

Qada' bermaksud perlaksaan sesuatu perkara mengikut ketentuan azali manakala qadar pula bermaksud ketentuan Allah terhadap apa yang berlaku kepada makhlukNya sejak azali.


Seorang yang lahir sebagai lelaki tidak akan mampu mengubah ketentuan itu sampai bila-bila sekalipun dia melakukan pembedahan menukar jantina kerana yang berubah cuma fizikalnya bukan dalamannya.  Manakala seorang yang lahir bodoh bukan bererti bodoh untuk selama-lamanya. Dengan usaha, dia mampu mengubah dirinya menjadi seorang yang bijak. Dan apa yang kita terima daripada Allah selepas berusaha itulah sebenarnya yang dimaksudkan dengan qadar..

Manusia itu tidak sempurna. Berusahalah menjadi yg sempurna agar mendapt tempat yg mulia di sisiNya.






Wednesday, March 14, 2012

semua org tak faham saya!

Arghh.sgt geram bila org tak faham perasaan aku.geram.nape sume tak faham aku? aku tak puas hati tul dgn dia.suka sgt buat aku sakit hati..arghh.tak tahu nak luah kat sape.sume org tak sayang aku.sume nampak aku yg salah.bila ada judgment mesti aku yg dipersalahkan.benci!!

erm..kata2 yg biasa keluar drpd hati kecil kita.sedar x sedar, rupanya itu kata2 nafsu amarrah kita. betul ke org tak faham perasaan kita?atau kita yg tak faham diri sendiri.maksudnya kita yg x sedar nafsu amarah kita yg sedang menguasai diri dan sebenarnya iman kita kata "sabar". kita juga selalu kata org tak faham kita. hakikatnya, memang susah nak faham nafsu amarah.x salahla klu org tak faham kita klu kita tgh marah.ingatla satu hadis ni :
"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

semua termasuk sy kdg2 rs x puas hati dgn layanan kawan2, keluarga, atau sume yg ada sekeliling kita ni terhadap kita. PUAS HATI.hurm.sume org nak puaskan hati sendiri.tp kena ingat atas dunia ni ramai manusia dan hati pun banyak.mcm2 ragam.so, klu masing2 nk hati sendiri yg puas,, susahnya!kan? klu nak org ni puas hati, mesti ada org lain plak yg tak puas hati.HATI manusia sangat sensitif.sbb tu kita kena kembali kepadaNya.setiap apa,perkara yg dilakukan mestilah diserahkan kepadaNya.lebih baik kita puaskan hati Dia dahulu dan insyaAllah hati kita akan sentiasa tenang dan puas.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.R. Abu Daud - At-Tirmidzi)


sebenarnya, kita tak pernah tiada tempat untuk mengadu SEBAB kita sentiasa ada Allah.luahlah kat Dia. ceritalah kat Dia. Nangislah dpn Dia.Dia akan dengar kita.dan Dia x akan benarkan kita sendiri. Dia akan pujuk kita.Dia pernah bagitahu dalam Quran,surah Al Baqarah ayat 45:
'Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk'.


Bila kita dah luahkan segalanya kat Dia, hati kita kan puas dan lega.insyaAllah dia akan selesaikan masalah kita.yg penting kita jgn langgar perintahNya.


Surah At-Taubah, ayat 129:
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal
so, let's smile:)


Monday, March 12, 2012

perasaan itu wujud

Ukhuwah fillah. Hubungan yang tidak boleh diungkai dan dilupakan abadan abada.Ya.aku sangat merindui sahabat sefikrahku.Kami dipisah-pisahkan untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah. dan saya ditempatkan di SMKSI as form 6 student.

setelah berbulan-bulan menjalani kehidupan di sekolah ini, Alhamdulillah perasaan yang seronok dan bahagia mula mengetuk hati ini.saya bersama mereka.saya yang memakai tudung labuh, baju labuh bersama mereka.ghuraba'.Asing.Islam itu datang secara asing.saya mesti berPrinsip.

Banyak perkara yang mematangkan dan cerita yang menggelikan hati sepanjang saya bersama mereka. haha. bersama adik2 di sini. "kak soli, kak ni baik sgtla.x yahla baik sgt. Allah kan suka org baik.nanti akak mati awal". ahaha.pantas.Mmg terbahak2 sy dengar statement adik ni,panjang lebar sy cerita psl qada' dan qadar Allah.huhu.. kat sekolah ni, byk amanah yang perlu dipikul. Baru2 ni, berpengalaman handle sukan di sekolah ni. Pengalaman yang cukup menarik dan indah.pengalaman baru yang cukup indah.bukan di suasana 'islamic' spt di sekolah dulu, tapi suasana yg biasa2 aje.macam2.Diamanahkan utk jd naib kapten rumah sukan ungu a.k.a Radon.Islam sgt suka org yg bersemangat dlm setiap perkara.Ya!aku semangat sukan.Handle adik2 main sukan.ada satu story lucu.ada seorang adik f.5 rumah radon dtg sukan.Pakaiannya?sgt2 simple.T shirt+boxer bunga2 warna hijau."awak nak main ke x nak?".  "sy mainla"..huhu tengok2 dialah juara setiap perlawanan. haha.mmg sakit perutla sy gelak tgk dia main.aduh.camtula sekolah ni.mcm2 perangai sy jumpa. well, tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah ni, pen ketua pelajar.hurm.mmg tercabar.BTW, inilah daie. matlmat.memimpin pelajar 1 Malaysia.hihi.perlu ada skill baru, style baru. yg penting jgn sampai langgar syariat. berkawan dgn chinese mmg best.dorang hebat actually.cuba belajar chinese words skit2 utk ambil hati anak buah.huhu.it's fun.'Pai tiey!'..   dalam kesibukan melaksanakan amanah, perkara yg paling penting ialah as student. boleh tahan.belajar semakin mencabar.Allah bersama. fighting!

Friday, February 10, 2012

BERgerak

Post pertama utk tahun 2012..

'Dengan nama Allah yg maha Pengasih lagi maha Penyayang'
dah sebulan berada dlm tahun 2012.nak tak nak selagi masih bernyawa, hakikatnya kita mesti bergerak.
'bergerak'? apa maksud bergerak tu? Allah menciptakan badan manusia dilengkapi dgn tulang. Bersama dgn tulang tu, Allah jadikan sendi2 utk memudahkan pergerakan tulang itu.Bersama sendi itu Allah menciptakan satu cecair utk melicinkan pergerakan.Hasilnya, xdelah kita nak lipat lengan kita tersekat-sekat, kaku je.kan? Hebatnya ciptaan Allah.Everything is perfect.cuma atas kita nk gunakannya perfect atau ada cacat2 sket. 
so, what is the meaning of 'bergerak'?adakah sekadar bergerak,melangkah kaki ke kelas, guna tangan utk menulis, mata utk membaca buku or mulut utk present the research?

'Tidak aku menciptakan jin dan manusia selain beribadah kepadaku' Az Zariyat:56. Ha.Ini dia. Ibadah. skopnya sgt luas.solat.itu ibadah khusus.semua yg kita buat kerana Dia ialah ibadah. gunalah tubuh badan 'pinjam' kita ni utk beribadah kpd Dia..

'kamu(umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu disuruh berbuat pada yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah' Ali imran:110
Amar maaruf nahi mungkar=dakwah. Ayat Al Quran tidak pernah khususkan dakwah ini kepada golongan tertentu sahaja. dakwah bukan hanya kepada golongan pakcik2,makcik2, budak2 sekolah agama tapi ayat al quran menyeru kepada semua orang ISLAM a.k.a MUSLIM utk buat kerja itu. so, bergerakkah kita utk dakwah itu? fikir2kanlah..

Alhamdulillah.semakin hari semakin diberi kekuatan olehNya utk melangkah di sekolah ni as budak f.6.
"kalau enti rasa dakwah enti lebih hebat apabila enti memegang jawatan. just go on". itulah kata2 sahabat sy. ramai orang banyak ragam.dakwah dgn style masing2 asal tak terpesong. so, bila difikir2kan, sy lagi senang bergerak jika ada jawatan yg disandang.mungkin klu jd org bawah, tak mampu nak bertindak. right? tonjolkan diri Lillah.Alhamdulillah diberi kepercayaan utk memegang amanah. otak yang dipinjam mesti berfikir dan terus berfikir utk serapkan nilai2 islam yang sebenar di tempat sendiri. ciptakan bi'ah itu. suluhkan cahaya itu. kembalikan kalimat itu. kekuatan amat diperlukan. InsyaAllah, setiap masa Allah bersama. Setiap langkah ditemaniNya.itulah Dia.di mana-mana Dia berada. I never feel lonely. target,matlamat mesti ada. ~my Aim~


BTW, sahabat2 seperjuangan sedang bergerak di institusi masing2(uhibukum fillah:).kita 'disepah-sepahkan' utk sebarkan islam.ya. islam ramai penganutnya di Malaysia tapi suasana islam?. insyaAllah.IKRAM wadah kita.Allahuakbar!






Tuesday, December 27, 2011

(:Everybody has a story:)

yup.everybody has a story..cerita2 yg mungkin personal, atau cerita yg boleh share dgn semua org or cerita2 yg  bermakna atau macam2 la.Diari. Diari cukup sinonim dgn somebody yg suka menulis ataupun good planner. actually blog pun diari seseorang. apa yg ditulis dlm blog tu cerita2 yg boleh share dgn org lain la mksdnya dan cerita2 luahan atau privacy mgkn disimpan dlm diari je.kan?^^ BTW, sebenarnya, sempena hujung2 tahun ni rasa nk cerita pasal diari je.pasal kenangan2 yg lalu. tadi, belek2 semula diari daripada umur 15 tahun. diari sebelum2 tu dh buang kot. x jumpa plak. dalam menulis sesuatu pun kena berhati2 even dlm diari. sebagai cth, diari kita jadikan utk kutuk2 org atau puja2 somebody of course it's wrong. jgn biarkan tangan kita melakukan maksiat. jadikanlah diari tu sebagai alat utk menghalang kita membenci seseorang iaitu dgn memberi kata2 semangat kpd diri sendiri.yela, kita pun kene bg semangat kat diri kita selain org sekeliling.kan?

ha!ni diari dari umur 15(dari kiri) sampai 18(paling kanan)
kematangan seseorang tu memang diukur dgn pengalaman.Apa yg kita lalui, ujian2 yg kita tempuhi memang betul2 mentarbiyah diri kita yg penuh dgn kelemahan.kalau dlm pelajaran pula, contohnya drpd UPSR,PMR hinggalah SPM. Kalau x berjaya dlm upsr, mungkin kita ubah cara belajar utk PMR(klu nk cemerlangla). begitulah juga dlm menggarap Mardhatillah.semakin tua semoga semakin bertambahlah amal2 ibadah yg boleh memberatkan timbangan di akhirat nanti.. dengan adanya rekod2 cerita lama2(diari), mungkin lagi senang utk kita bermuhasabah diri. sangat penting utk kita muhasabah utk tingkatkan prestasi diri.right?

diari 19th

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW

Tuesday, December 6, 2011

Begitu rupanya..

Semalam, 5 Disember 2011 berkesempatan mendengar keterangan daripada Sheikh Khalid Hasan Al hindawi.  Beliau diamanahkan oleh Syeikh Yusuf al Qaradhawi untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Ini kerana, apa yang kita terima di sini bukan yang sebenarnya. Media Menyebarkan berita2 yg menggambarkan islam ini ganas.yela, kalau kita tgk berita pun, kalau tunjuk negara2 Islam, seolah2 mereka ini pengganas dan tidak aman.bila keluar berita tentang AS menunjukkan keamanan.Najib kita pun menjalinkan hubungan dgn AS semata2 utk membina keamanan(kononnya).Inilah yg diterima oleh masyarakat kat sini dan perspektif masing2 dh bukan yg sebenarnya. Syeikh ni ada cerita semasa beliau di Indonesia ada bertemu dengan seorang sahabat di sana. sahabat itu memberitahu bahawa dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan seolah2 ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

Sebenarnya apakah punca revolusi ini berlaku? Adakah kerana negara islam ini tidak mementingkan keamanan sepertimana maklumat yg kita terima di sini?..Bermulanya, ada sekumpulan kanak2 sek rendah menconteng dinding dengan menulis slogan 'KAMI MAHU KERAJAAN BERUNDUR' yang mana slogan ini dilaungkan di negara2 jiran meraka yg sedang bangkit. Perbuatan ini telah diketahui oleh pasukan keselamatan Syria lantas pasukan ini menangkap dan menyiksa mereka dengan mencabut kuku tangan dan kaki kanak2 itu(Kejam sgt!). Budak2 tu kot!.Agak2la.Salah Seorang drpd kanak2 itu meninggal dunia(Innalillah, Allah pasti merahmati rohnya).Ahli keluarga mereka meminta anaknya dipulangkan termasuk mayat kanak2 itu. Pasukan keselematan itu telah menetapkan syarat bahawa kanak2 ini akan dipulangkan sekiranya mereka menyerahkan perempuan2 mereka utk dikahwini oleh puak mereka. ini adlah sutu penghinaan(lebih2 lg bg orang Arab). Di sinilah bermulanya Revolusi Syria!

Kerajaan ini sangat kejam. mereka menyiksa rakyat dengan kejam yg teramat. Ramai yg syahid. Salah satunya, ada seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.wanita ini telah ditangkap dan hampir diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan dipotong 4 KERAT!.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. Subhanallah..

Satu lagi sesatnya kerajaan ini, meraka tak suka mendengar laungan takbir.Eii.rasa nk maki hamun kot kat depa ni.Astaghfirullah.Bukan itu shj, ada ke patut dorang suruh tukar kalimah La ilahaillah kpd La Ilah Illa Basyar Asad..

So, apa peranan kita?adakah sekadar menerima dan mempercayai berita2 yg disebarkan oleh media. Sebut negara2 arab, terus cop ganas!poyo!.Ayuh, kita sebarkan cerita sebenar. Satu lg, kerajaan Syria X pernah menentang ISRAEL! X pernah pun satu peluru dorang muntahkan utk Israel tp mujahidin ramai ditembak oleh mereka. INGATLAH, pembalasan Allah pasti akn dtg!.



“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang:  Siapakah pencipta langit dan bumi?  Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)